Monday, 7 April 2014

Cerpen : Cinta Sampai Syurga #23


Maaf korang aku lansung tak update aku punya blog. Aku tenguk pun dah nazak sangat... Aku bukan saja tak nak update, maklum la laptop aku rosak, so semuanya yang aku tulis musnah bergitu sahaja. Sedih aku... Tapi boleh buat apa, hanya berserah je la...Kepada sesiapa yang mernunggu cerita "DIA SUAMIKU DAN SIAPAKAH AKU?" aku nak mintak korang sabar ye... sebab aku kene buat balik gara-gara laptop aku rosak. Maaf sangat-sangat.


Hari ini, aku nak kongsi sebuah cerpen yang aku rasa menyentuh perasaan para pembaca. Kepada mereka yang hati lembut dan mudah tersentuh, saya nasihatkan supaya anda menyediakn tisu sebelum membaca...
Akhir kata dari aku, Selamat membacar........




Cerpen : Cinta Sampai Syurga







Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.

Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.

Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.

Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.

“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.


PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.

Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.

Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...

Kredit : Indahnya Cinta Allah




P/S: Jangan korang turut menangis sudah... erm.. hope korang enjoy baca blog aku. Kalau agak hambar bagi tau la aku kerana pendapat anda adalah bermakna bagi saya.. If korang ada cerita yang seronok or korang ada buat karya sendiri jangan segan untuk kongsi-kongsi ngan aku ye... JOM kita ramai-ramai pergi ke pesta buku pada 24/4/2014. Semoga kita berjumpa disana...


emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred
facebook: muhammad faried

Friday, 7 February 2014

Inilah Sebuah Takdir......

Hai korang..... huhuhu otak aku tengah sewel ni oleh disebabkan tekanan report yang tahap gaban,...*gaban yang aku cakap ni bukan cerita Gaban tu  ye...

Sebenarnya aku nak kongsi satu cerita, cerita ni bukan aku buat, Tadi masa otak aku tengah sewel, aku ada lah bukak satu page ni, bapak best cerpen dia *bila la aku nak jadi macam dia :'( yang hebat dalam karya penulisan... adakah silap aku disebabkan dulu tak nak ambik kelas sastera... dah dah... aku malas nak fikir lagi, otak aku macam nak pecah ni...


Ok in adalah salah satu cerita kat page tu...

................................................................................................................................................................................................

Inilah Sebuah Takdir......






Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara. Tak banyak songeh.

Dipendekkan cerita mereka pun disatukan.

Pada malam pernikahan, pengantin baru pun berbicara.

Isteri: "Boleh saya terus terang?"

Suami: "Ya, dah suami isteri kan. Apa nak malu-malu."

Isteri: "Sebenarnya, saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya."

Suami terdiam. Nampak seakan terkejut.

Suami: "Saya..saya lepaskan awak dengan talak satu. Jangan risau. Saya takkan minta awak bayar semua kos ganti rugi belanja nikah. Saya takkan sentuh awak. Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak nak. Saya akan pindah."

"Takpe. Hantar saja saya ke rumah mama saya. Saya reda. Saya... tak layak.. berada di sini..."

Si gadis menitiskan air mata dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya.

Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah dengan bekas penzina. Pada teorinya, pada dalilnya, penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga! Dirinya bukan penzina!

**

Waktu berlalu. Masa berdetik. Setahun kemudian...

Pemuda berada di wad. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan.

Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor. Seorang tuan guru popular berceramah seputar tajuk 'Zalim',

"Pada Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa. Masakan seorang hamba dengan angkuh memandang hina hamba yang lain sedangkan dirinya juga seorang hamba hina. Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu berpakaian, mengurus diri, makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba itu sama taraf dengan binatang ternakan saja!"

Tertusuk seketika kalbu pemuda. Tuan guru menyambung lagi,

"Misalnya, sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya, puncanya lebih kepada suami. Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang seorang suami kepadanya. Sifat perempuan adalah menyayangi.

Keras seperti batu konkrit macam mana pun, mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami. Sebab itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh, masih si isteri setia menanti perubahan suami. Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila. Pada wanita, bila ada lelaki ambilnya sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat, syukur yang teramat sangat pada Allah. Dia tak jadi anak dara tua. Dia ada tempat bergantung. Isteri cuma mampu bersuami satu."

"Jangan zalim. Selagi seseorang itu masih berTuhan, selagi itu ada harapan. Masa silam bukan hukuman. Masa silam adalah pengajaran. Jangan diulang di masa depan. Demi Allah, kita tidak kuat. Kerana Allah, kita harus kuat.

Bila Allah sudah pasangkan 'lampu' hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya.

Disebut dalam hadis Qudsi,

'Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain Aku.' (HR al-Thabrani)

Allah yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga. Mana hak kita untuk menutupnya?"

Tup !

Ditutup terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung dengarnya.

Doktor yang merawat masuk ke biliknya.

Doktor: "Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan."

Pemuda: "Apa ya?"

Doktor: "Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah. Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia."

Pemuda: "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un."

Doktor: "Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu."

Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju.

Perlahan-lahan dibacanya,

"Awak, ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat. Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita.

Awak, mungkin kasih saya ni, awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri.

Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat.

Maaf bila saya tak sempurna."

Pemuda kehilangan kata-kata.
Tumpah seribu air mata 


Cerita Asal : Muhammad Rusydi



................................................................................................................................................................................................




So kesimpulan cerita ini, kita ni manusia jangan lah cepat sangat bertindak tanpa berfikir, kerana kita akan terima padahnya.


P/s
jangan korang turut nangis sudah... erm.. korang sory tau kalau aku banyak merapu maklumlah aku ni memang suka cakap macam tu :P

emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred




OPSS... My Personality Test....

Wahwahwah.... dah lama aku tak update akupunya blog makin teruk dah aku tenguk blog aku ni macam dah nazak sangat... maaf kan lah aku ye aku x sempat nak update disebabkan  tekanan yang melampau nak buat report Internship. Ni pun aku update sebab dah bosan yang abadi gila dan yang paling penting aku rindu gila kat blog aku walaupun aku punya blog ni hanya suam-suam je... aku pun tak sempat nak sambung cerita hari tu, ada jugak tegur aku kat tweeter & facebook, dorang suruh aku update tapi masa tu aku tak layan sebab disababkan oleh report yang membebenkan aku* Tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal diri aku tapi aku nak buat soalan kuiz personality diri... aku memang suka gila bab kuiz tentang diri ni memang best gila. kadang-kadang aku terfikir, macam mana jawapan kuiz tu dapat menggambarkan diri aku yang betul. Adakah semua orang pernah terfikir tentang itu?


Quiz ni senang je, korang just choose one door and see what definition to that door.  ok kita start kuiz ye...
Don't forget to share with me ok... 






 


and this is the answer!!

1 - You are a fun individual that likes to keep things light and airy. You are all about nurturing others and appreciating the simple luxuries in life; such as your fine dishware, favorite candle or eating artisan bread from the local bakery. You most likely have a love for traveling and other cultures. You truly want the best for everyone and love creating a welcoming atmosphere. It is important to remember that if you ever feel that you need help or support, it is OK to just ask someone.

2- You are clean and simple and don’t like any frills. You might strive to have a clean and perfect existence; but is it totally worth it? Don’t you feel that there is something missing? You are all about your personal achievements and you take pride in your work or career. Although you might be on track with your career path or have a few diplomas/ certificates on your wall, you need to spend more time on developing yourself as a person. Remember... the real you. Life is all about creating balance, surrounding yourself with color and creating memorable adventures. If you are finding that you have been taking the safe road lately, try veering off the beaten path. You might surprise yourself!

3 – It is obvious you are a quirky individual and very interesting to the people that you let into your life. You are good at many things... a “Jack or Jill of all trades”. You are an artistic individual that expresses yourself in many ways. You can make something out of anything and are not a stranger to your local thrift shop. You can basically make vintage “new” again. It is easy to get stuck inside the house or inside your urban bubble; but remember that you have to get out and connect with nature. It is time to come down out of the clouds and get grounded!

4 – You are an old soul that can be slightly dramatic. You are a very artistic person that loves to express yourself through writing, music, art or some kind of expression. You are a dichotomy; for you can be very open and friendly, yet closed and deeply private. You often have your guard up, keeping your thoughts and troubles to yourself. Although you might think that nobody will truly understand you, if you allow yourself to open up and share your feelings, you will feel so much better. Deep down you are not aright with any imperfections and you feel the need to come across as “the rock” in any group situation. Know that people are willing to share their feelings with you and want you to share your feelings with them.

5 – It is very important for you to fit in and feel as though you are a major contributor in every situation. You always have things going on, for being productive is what makes you feel at ease. Your busy-ness can sometimes cause the need for you to become more aware of what is really going on around you. What does your body want you to be doing? It is alright to relax on a Monday and simply just BE. Feel free to take some time to figure out what you really love to do. Possibly try some new hobbies or activities that are out of your normal routine. Explore being you, even if that means relaxing. Life is not just about how many muffins you can make in a single batch or how many fit-it jobs you can do in one day.

6 – You are a confident person with an eye for detail. You can come across as someone who is all together and exciting; yet you are just YOU on the inside. You care about your appearance and how the world sees you, yet the inside your home or car is probably a total mess! Your personality can be self destructive, for you could turn against yourself when the going gets tough. The life of a person who is a living a total contradiction... has got to be a difficult one. Remember to breathe and just relax. Life is not just about pleasing others. Truth is, the world isn’t always watching... Take time to reflect on who you truly want to be? What is it that you truly want to do?

7 – You are a simple minimalist that always has important things to do. You care for others and find your time anything but your own. You surround yourself with meaningful things, for you are very sentimental. Family and friends are very important to you and you would do anything for them. Not putting yourself first has made your life a safe and complacent one. What is it that can enrich your life today? What will make your life more colorful and enjoyable? Even though life gives you labels such as a mother, father, wife, husband, teacher, manager, etc; remember that your life is still YOUR life. Take a moment to decide what you want your future to look like. It is perfectly acceptable to want wonderful things to happen to you. Carpe Diem.

8 – Your fun and playful personality keeps you young and youthful. Although you are easy going, you tend to have lower self-confidence and anxiety about specific things in your life. You are usually unorganized; yet don’t even know where to start to help yourself to fix the messy problem. You are a proud individual but you need to learn to love yourself more. You need to take the time to find yourself through self expression. How are you currently expressing yourself to the world? Remember that there are people around you that can help you, but you need to let them know you are willing to receive help. Life is easier when you let people in.

9 – You are a quirky person that is always making things work. You are an amazing problem solver that prides yourself on your thrifty living. You like to live an uncomplicated life and usually get by with the basics. Why would you need anything else? You are very easy to please and love doing things for others. Whether it be fixing your neighbors toilet, building a bird house for your mother out of reclaimed wood or helping your friend find a great living room set at the thrift shop; you are always there to lend a hand. Remember that life is special. It is OK to treat yourself to amazing things. You are special too!


10 – You are one who truly appreciates stability and wholeness. You are a reliable person that takes pride in their love of quality and detail. Some might say “cookie cutter”, but you say dependable! You always know what you are getting because you have checked the consumer reports. You love safety and security in all parts of your life. You prefer not to have anything frivolous or extra, if you can’t see the use for it. Chances are you have some sort of creative side that you have curbed in some way. You might love scrap-booking, music or art; yet would never try to make it your career. You feel your problems are your own and nobody needs to be burdened with them. Just keep in mind that exposing your true self to the world (or your neighbors) is not a crime. We are all human.



So apa yang korang dapat??? huhuhu.. it's really simple kuiz dan korng hanya perlu pick mana satu gambar pintu. if korang tak suka penerangan tentang pintu yang korang pilih, korang pilihlah pintu lain, aku nak ingatkan disini, kuiz ni tak ada betul or salah kuiz ini cuma just for fun only, it belong to individual, you want to trust it, just trust.. if not, you can just ignore about it. I repeat again this quiz is just for fun ok... so enjoy pick your door! jangan lupa share dengan aku pintu mana satu yang korang pilih???  I hope you all will happy with your choices..

P/S
Korang tolong ye doakan report aku dapat markah yang terbaik.... kerana doa mu adalah penentu masa depan ku* nak minta simpati pulak aku ni... huhuhuhu.. sebelum tu jangan lupa tau kongsi la cerita ynag menarik dengan aku & kepada mereka yang telah kosngsi cerita tu terima kasih ye... aku tak sempat lagi nak post kat sini...



emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred




     

Monday, 30 December 2013

YEA!!!!! TAHUN BARU.....

Assalamualaikum semua.... Mesti korng sukakan sebab dah tahun baru? Tapi dua soalan je fred nak tanya korang semua...

1) Azam tahun lepas tercapai tak?

2) Dan apa azam tahun baru untuk tahun 2014 ni ?

dua soalan ni mesti popular gila... masa dah akhir tahun dan masa awal tahun. tak kira muda atau tua mesti akan bertanya tentang perkara ni  betul tak?

ok hari ni fred nak cerita pasal AZAM. sebelom tu, bila kita ditanya "apa maksud AZAM tahun baru" korang nak jawab apa?

kalau jawapan fred untuk soalan diatas adalah, satu cita-cata jangka masa pendik yang kita ingin capai untuk masa tersebut. *macam pelik je bahasa aku pakai*. contoh  cita-cita  adalah  tahun ini aku berazam nak kuruskan badan. ini merupakan contoh sahaja tidak ada kaitan dengan orng yng gemok  atau yang sudah mati ye ....
itu just contoh..*perli diri sediri nampak*

if  korang ada maksud lain tentang Azam tahun baru kongsi-kongsi la dengan fred ok...

tunggu kejap, kita sebok cita pasal tahun baru ni... Dalam agama islam, boleh ke kita sambut tahun baru ni? tak ada jatuh hukum apa-apa ker? kalau sapa-sapa tau jawapan bagi tau fred ok....


BERSEMPENA DENGAN TAHUN BARU YANG BAKAL MENJELANG MALAM NI. CORETAN KEDAI KOPI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU SEMOGA AZAM ANDA SEMUA TERCAPAI. TAPI JANGAN BUAT PERKARA-PERKARA PELIK PULAK MASA MALAM TAHUN BARU NI OK....

Saturday, 28 December 2013

DIA SUAMIKU , DAN SIAPAKAH AKU? #19

hai korng semua, hari ni aku nak post pasal cerita yang aku buat sendiri. tapi paham-paham lah aku ni masih baru lagi dalam membuat penulisan ni kalau ada apa-apa yang silap tu harap korang tegur-tegur lah aku ok. sebab dengan teguran lah kita dapat bejaya. ok lah nanti aku melalut pulak. tajuk cerita ini adalah 'DIA SUAMI KU, DAN SIAPAKAH AKU?' harap korang akan terhibur...


DIA SUAMIKU, DAN SIAPAKAH AKU?


Tengku Qistina merenung lama baju pengantin yang tergantung indah pada pintu almari. Hatinya bergitu risau dan tidak sabar-sabar, kerana esok merupakan hari bahgianya. Semakin lama dia merenung baju pengantin tersebut, semakin risau dibuatnya.

Adakah benar tindakan aku berkahwin dengan si dia? Jika betul tindakan aku berkahwin dengan dia, kenapa aku berasa galisah? Ya Allah bertulkah tindakan aku ini? Jika betul, tenangakan lah hati hambamu ini ya Allah. Gumam Tengku Qistina pelahan.

Tengku Qistina bangun dari katilnya dan terus menuju ke almari solek untuk mengambil telefonnya. Dia duduk kembali ditepi katil dan dia menggenggam kuat telefon, jantungnya berdegup bergitu kencang bagaikan sudah ingin tercabut.

'Betulkah aku nak telefon dia waktu-waktu macam ni?' Tanya hatinya

Tengku Qistina kembali merenung kosong biliknya. Dia baru perasan yang biliknya telah dihias cantik untuk perkahwinannya.

“Erm… Ini mesti kerja mama dan kak Mah ni.” keluh Tengku Qistina yang tidak suka bilik peribadinya diubahsuai.

Hatinya bertambah tidak karuan bila terpandang baju pengantinya yang  tergantung pada almari pakaianya. Dia terus bangun dan menuju ke balkoni biliknya. Tangan yang telah dihiasi oleh inai masih menggenggam kuat telefon.

Setibanya di balkoni biliknya dia terdengar keriuhan mamanya yang sibuk meguruskan persiapan majlis perkahwinannya. Dengan lantas jarinya mecari-mecari nama insan yang beliau cintai. Tapi dia terbantut seketika untuk menelifon insan yang dia cintai kerana jantungnya berdegup 5 kali ganda lajunya daripada biasa apa bila malihat nama isan tersebut . Betul-betul bedebar perempuan ni sampai jantungnya berdegup 5 kali ganda laju,macam nak mati je.

‘kenapa aku rasa macam ni? Tadi bukan main beria nak telefon’ keluh hatinya. Tapi dia kuatkan semangat untuk telefon juga. Dia terus menekan button call, tapi nasib nya malang makcik operator yang angkat. Ingin saja dia memcampak telefon miliknya kebawah. Nasib baik akalnya masih waras dan menghalang tindakan bodahnya. Sengal jugak perempuan ni, baru call sekali dah nak campak phone.

Tengku Qistina kembali menenangkan dirinya. Dia membuka album pada telefon miliknya, dia melihat kembali semua gambar lelaki yang bakal begalar suami.

“ Alamak! So… Sory, encik. Saya mintak maaf… saya betul-betul tidak sengaja. Saya tadi langsung tak perasan.”

Tengku Qistina teringat kembali peristiwa yang telah menemukan dia dan bakal suaminya.

“ Banyaklah kau punya sorry! Kau punya sorry tu boleh masuk longkang lah, tau tak!” tengking pemilik baju yang telah Tengku Qistina kotorkan.

Fuh! Nada mamat ni macam haram… Aku cakap elok-elok dia tengking aku, dia fikir aku ni pekak ker? Dah la orang ramai kat sini. Harap je hensem tapi perangai macam anjing kurap! Kutuk Tengku Qistina dalam hati.

“ Tapi…”

Tengku Qistina cuba menjawab tapi ayatnya mati kerana telah dicantas oleh mamat kurang ajar tadi.

“ Tak ada tapi-tapi lagi!” cantas lelaki tadi.

Tengku Qistina terdiam dan hanya mampu untuk menelan air liurnya.

“ Kau dah tumpahkan air kat baju aku, senang-senang nak mintak maaf! Banyak cantik muka kau! Kau tau tak lepas ni aku ada meeting penting dengan client!”

‘Huh! Memang pun muka aku cantik!’ hendak saja dia membalas kata-katanya lelaki biadap tu tapi akalnya masih waras untuk bertengkar di tempat public yang ramai orang ni. Tengku Qistina memang tidak menyangkal masalah ini berpunca daripada dia sebab itu juga Tengku Qistina tidak melawa.

“ Awak boleh tak jangan tengking-tengking? Kita kat tempat awam ni. Erm… lagi satu kita kat shopping mall, apakata saya belikan awak baju lain? “ tawar Tengku Qistina dengan nada yang lembut dan sopan.

“ Ooo! Kau tahu malu kene tengking ngan aku kat tempat ni! Masa buat salah tak fikir malu! Kau fikir kau mampu ker nak beli baju yang sama harga dengan yang ni?! Perempuan bodoh ” beran laki tersebut.

‘Jantan ni dah melampau! Aku cakap elok-elok siap tawarkan untuk ganti rugi dia boleh pekecilkan aku lagi siap cakap aku bodoh! Wei kau tak tau lagi aku ni siapa lah! Aku ni anak Tengku Hisham pemilik syarikat Megah Holding’ betak hati Tengku Qistina

Tiba-tiba Tengku Qistina tersedar daripada lamunan kesah silapnya yang telah terjadi 9 bulan lepas. Teleponnya berdering, dan dia terus malihat screen telephone miliknya. Alahkan bahagianya Tengku Qistina melihat telefonya, isan yang dia cintai yang terpapar pada screen. Jari Tengku Qistina terus terpacu laju menekan button answer.

Hello… Abang..” jawab Tengku Qistina dengan manja.

“Hello sayang, maaf la tadi masa sayang call telepon abang mati sabab low battery. Maafkan abang ye sayang… Sayang abang ni tak merajukkan?” tanya Tengku Denish Rayan.

“Eh… mana ada marah lah abang.” Balas Tengku Qistina.

“Sayang, abang tak sabar-sabarlah tunggu besok. Sayang berdebar-debar tak? Abang berdebar-debar lah tak boleh nak tido.”

“ Sikit lah rasa berdebar tapi tak lah teruk macam orang tu sampai tak boleh tidor. Hahaha…” gelak sopan Tengku Qistina. Yela tu, berdebar sikit je, tadi siapa yang nak campak handset kebawah. Bidas otaknya.


Tengku Qiatina terus berbual dengan buah hatinya. Ketika ini, Tengku Qistina berasa amat bahagia semua perasaan yang tadi dia alami semuanya hilang. Tak ada lagi rasa risau, dan dia percaya keputusan yang dibuat oleh dia adalah benar, Tengku Danish lah lelaki yang dia cari selam ini…  

Tapi dalam keadan bahagia ini, hati Tengku Qistina masih tidak tenteram dan merasakan ada sesuatu yang akan terjdi.

bersambung......

--------------------------------------------------------------------------------------

p/s: so macam mana cerita dia ok tak? kalau ok Alhamdulillah la. tapi yang penting adalah feedback korang tolong lah aku ye bagi feedback korang sebab dangan feedbacj korang lah aku boleh tambah baik apa yang kurang. tolong aku ok. kalau korang segan nak comment kat sini korang boleh bagi emil kat aku...
yang penting korang tolong  aku.  


emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred

Tuesday, 17 December 2013

hurmmm....... seramnya #17

Hai korang semua…. Sehat tak? Lama aku tak update blog aku ni, hrmmm… korang rindu aku tak? Sudah semetinya, tak kan? Maklum la siapa la diri ku ini :’(. *tak payah nak sedih sangat la faried hahaha…* sory la korang aku tak update blog aku lama sangat… maaf tau. Aku bukan sengaja tak nak update Cuma aku macam malas  nak update oleh disebabkn sebuk disiang hari, sekarang kan aku dah practical. Tapi yang tak bestnya apa, aku practical kat kolej aku sendiri, hurmmmm sadis betul hidup aku.

Lagi satu sebab aku tak update blog ni oleh kerana aku telah mengalami kemalangan atau bak kata orang putih accident tapi Alhamdulillah aku tak apa-apa. Walaupun kereta yang aku naik terbalik. Dengan kuasa Allah aku tak apa Cuma lebam-lebam je. Korang nak tau tak? Masa accident tu, aku dok belakang ,tengah syok-syok pandang luar tingkap sambil bayang kan si dia(my sweet heart) *mcam nak tunjuk ada buah hati nampak*. Tiba-tiba…… aku rasa kereta tu macam goyang semacam, terus aku pandang depan, tengok-tngok kereta ni dah nak tuju ke divider tengah tak sempat aku cakap apa-apa tayar depan kereta terus naik divider tu apa lagi kereta terbalik la… masa kereta tu terbalik aku sedar lagi, tapi lepas kepala aku terhantuk kat bumbung, aku black out, aku tak ingat apa-apa sedar-sedar je aku dah mencari pintu. Nasib baik semua ok Cuma lebam-lebam je…

Tapi part yang paling best masa nak keluar, tak ada sapa yang tolong padahal kereta yang lalu situ banyak je, kata orang Malaysia ni peramah & suka tolong-menolong tang mananya orang Malaysia macam tu, yang ada pun cuma kereta slow bukannya nak tolong tapi just nak tengok je buat apa bikin jem je… nasib baik la aku tak apa-apa. 3 minit kemudian, ada orang tolong tapi yang best nya orang tu terperanjat, sebab kiteorang tak apa-apa, tapi kalau korang tengok kereta yang aku naik mesti korang akan berfikir ‘koman-koman pun patah tangan or kaki’ bak kata kawan aku. Aku ingat lagi masa orang tu nak tolong kiteorng, dengan nada yang cemas ni dia tanya ‘ sapa dalam kereta tu? Ok ka? Mana orangnya?’ dalam hati aku masa orng tu tanya nak je aku cakap buta ker, nasib baik la aku waras lagi. Tapi agak geli hati la, sebab lepas keluar kereta tu kawan aku siap jaga trafik padahal baru accident tu. 


INI LAH KERETA YANG AKU NAIK.......



P/S; Tapi kemalangan ni merupakan kemalangan yang sangat menakut kan aku sampai aku masih agak fobia kalau kereta aku naik tu laju. Now, walaupun aku duduk belakang aku pakai seat belt, seram kalau tak pakai.  Sebab apa aku cerita pasal kemalangan aku ni? Sebab aku nak cakap umur aku panjang lagi dan Allah bagi perluang kedua aku untuk berubah. Tapi memang fikir balik memang hebat sungguh kuasa Allah. Walaupun luar boleh dikata kan hancur tapi orang yang didalam nya elok lagi ” kun fayakun- jadilah maka jadilah”. Harap-harap perkara ini  tak jadi lagi dah seram kot.


emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred
facebook : muhammad faried