Hai korang..... huhuhu otak aku tengah sewel ni oleh disebabkan tekanan report yang tahap gaban,...*gaban yang aku cakap ni bukan cerita Gaban tu ye...
Cerita Asal : Muhammad Rusydi
Sebenarnya aku nak kongsi satu cerita, cerita ni bukan aku buat, Tadi masa otak aku tengah sewel, aku ada lah bukak satu page ni, bapak best cerpen dia *bila la aku nak jadi macam dia :'( yang hebat dalam karya penulisan... adakah silap aku disebabkan dulu tak nak ambik kelas sastera... dah dah... aku malas nak fikir lagi, otak aku macam nak pecah ni...
Ok in adalah salah satu cerita kat page tu...
................................................................................................................................................................................................
Inilah Sebuah Takdir......
Seorang pemuda telah berkenan
pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara.
Tak banyak songeh.
Dipendekkan cerita mereka pun
disatukan.
Pada malam pernikahan, pengantin
baru pun berbicara.
Isteri: "Boleh saya terus
terang?"
Suami: "Ya, dah suami isteri
kan. Apa nak malu-malu."
Isteri: "Sebenarnya, saya
dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba
berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan
saya."
Suami terdiam. Nampak seakan
terkejut.
Suami: "Saya..saya lepaskan
awak dengan talak satu. Jangan risau. Saya takkan minta awak bayar semua kos
ganti rugi belanja nikah. Saya takkan sentuh awak. Awak boleh duduk di rumah
ini kalau awak nak. Saya akan pindah."
"Takpe. Hantar saja saya ke
rumah mama saya. Saya reda. Saya... tak layak.. berada di sini..."
Si gadis menitiskan air mata
dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong. Memang dia dah agak. Dia dah
rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya.
Pemuda tidak mampu menerima
hakikat dia bernikah dengan bekas penzina. Pada teorinya, pada dalilnya,
penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga! Dirinya bukan penzina!
**
Waktu berlalu. Masa berdetik.
Setahun kemudian...
Pemuda berada di wad. Sudah 5
bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah
digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau
berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan.
Pemuda menonton tazkirah di
I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor. Seorang tuan guru popular berceramah
seputar tajuk 'Zalim',
"Pada Allah, hamba itu
kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa. Masakan seorang hamba dengan
angkuh memandang hina hamba yang lain sedangkan dirinya juga seorang hamba
hina. Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu
berpakaian, mengurus diri, makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba
itu sama taraf dengan binatang ternakan saja!"
Tertusuk seketika kalbu pemuda.
Tuan guru menyambung lagi,
"Misalnya, sering kita baca
di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya, puncanya lebih kepada
suami. Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang
seorang suami kepadanya. Sifat perempuan adalah menyayangi.
Keras seperti batu konkrit macam
mana pun, mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami. Sebab itu sering kita
baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh, masih si isteri setia
menanti perubahan suami. Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada
pemikiran kita tindakan itu gila. Pada wanita, bila ada lelaki ambilnya sebagai
isteri itu merupakan suatu rahmat, syukur yang teramat sangat pada Allah. Dia
tak jadi anak dara tua. Dia ada tempat bergantung. Isteri cuma mampu bersuami
satu."
"Jangan zalim. Selagi
seseorang itu masih berTuhan, selagi itu ada harapan. Masa silam bukan hukuman.
Masa silam adalah pengajaran. Jangan diulang di masa depan. Demi Allah, kita
tidak kuat. Kerana Allah, kita harus kuat.
Bila Allah sudah pasangkan 'lampu'
hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya.
Disebut dalam hadis Qudsi,
'Aku (Allah) sangat murka ke atas
orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain
Aku.' (HR al-Thabrani)
Allah yang membukakan pintu
taubat dan pintu Syurga. Mana hak kita untuk menutupnya?"
Tup !
Ditutup terus ceramah itu oleh si
pemuda. Malas nak disambung dengarnya.
Doktor yang merawat masuk ke
biliknya.
Doktor: "Ada khabar dukacita
yang saya ingin sampaikan."
Pemuda: "Apa ya?"
Doktor: "Penderma hati
mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan
organ dan muntah darah. Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri
mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia."
Pemuda: "Innalillahi wainna
ilaihi raaji'un."
Doktor: "Ada sesuatu beliau
tinggalkan untuk kamu."
Doktor menyerahkan sesuatu pada
pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju.
Perlahan-lahan dibacanya,
"Awak, ingat tak baju ni?
Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk
awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat.
Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan
kita.
Awak, mungkin kasih saya ni, awak
tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati
saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab
sudi mengambil saya sebagai isteri.
Walaupun tidak sampai 24 jam,
awak tetap suami dunia dan akhirat.
Maaf bila saya tak
sempurna."
Pemuda kehilangan kata-kata.
Tumpah seribu air mata
Cerita Asal : Muhammad Rusydi
................................................................................................................................................................................................
So kesimpulan cerita ini, kita ni
manusia jangan lah cepat sangat bertindak tanpa berfikir, kerana kita akan
terima padahnya.
P/s
jangan korang turut nangis
sudah... erm.. korang sory tau kalau aku banyak merapu maklumlah aku ni memang
suka cakap macam tu :P