hai... perkara ni sebenarnya ramai yang mengalami termasuk aku salah satu nya.... penat kut kalau x dapat tidur malam besoknya pulak kene bangun awal sakit kepala kadang... mari kita tengok faktor-faktornya....
faktor yang menyebabkan aku susah nak tidur. Antara faktor-faktornya:-
- Banyak sangat berfikir dan risaukan perkara-perkara yang mungkin berlaku keesokkan hari
- Seharian xbuat kerja yang berat, mengakibatkan malam dirasakan masih muda dan mata susah nak tidur
- Tengok tv sampai xsedar hari dah lewat malam
- Baca buku sampai xperasan dah pukul 3 pagi (ini bagi orang yg minat membaca sahaja)
- 'Ter'minum kopi sebelum tidur
Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita laku kan untuk atasi masalah tersebut hakikatnya*aku sendiri pun tak buat jangan marah ye.... :)*
Setelah membuat sedikit kajian dan mendengar sedikit info dari segmen Bella di ntv7, aku ingin kongsikan beberapa tips yang boleh membuatkan kita senang untuk tidur.
- Minum teh hijau sebelum tidur
- Baca buku yang boleh menyebabkan anda mengantuk
- Kosongkan fikiran sebelum anda tidur
- Mandi dengan air suam
- Jangan makan makanan yg berat sebelum tidur
- Jangan sesekali bawak lappy kat atas katil. Nanti mulelah xleh tidur pastu update kat twitter dan fb bagai. Confirm2 x boleh tidur dah sebab nanti ada sahaja yang reply dan mata tu sibuk nak click tanda merah kat notification tu. Confirm tidur lambat!
- Jangan bersukan sebelum tidur
- Letak pewangi (macam aroma therapy gitu spt bau2 bunga) dalam bilik tidur
- Pakai bantal yang sesuai
- Pasang lagu sentimental yang boleh menyebabkan anda tertidur dengan aman
p/s: 1 je tabiat sy yg susah nak ubah ialah baca buku(novel) sampailah pagi...oh ini sangat xbaik untuk kesihatan sebab xcukup n boleh sebabkan stress. so jangan la contohi aku benda lain boleh buruk jangan.
No comments:
Post a Comment