Sunday 27 October 2013

KELEBIHAN AIR MATA #13




hi semua... aku tau korang tak suka post aku yang lepas pasal #12 aku tau benda tu boring so aku ambik keputusan cerita itu setakat itu sahaja. dah bebalik pada hari ini, aku nak cerita pasal kelebihan kalau kita menangis... sebenarnya banyak kelebihan yang kita tak tau pasal menagis ni. yang kita tau hanya lah cara untuk meluahkan perasan dengan lebih mudah, betul tak ??? ok jom kita tahu pasal kelbihan mengis yang lain nak. 

Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. Di sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang itu manusia tidak dapat lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata.

Ada beberapa alasan menyebabkan kita menangis:

Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
Menangis kerana rasa takut.
Menangis kerana cinta.
Menangis kerana gembira.
Menangis kerana menghadapi penderitaan.
Menangis kerana terlalu sedih.
Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.

korang selalu menangis disebab kan alasan yang mana satu? mesti korang banyak nangis untuk alasan Cintan kan? tapi yang paling penting tak kira yang mana satu alasan kita menangis, setiap menusia yang nomal kat dunia ni pasti akan menangis walaupun 2 3 kali dalam seumur hidup mereka... Itu fakta.

ok berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.


P/S korang dah taukan kelbihan mengis nikan, tapi kalau korang tak nak percaya itu hak masing-masing aku tak boleh paksa korang untuk percaya.. kalau korang nak kongsi apa-apa kongsi jela ngan aku ni. kalau korng suka blog aku jangan lupa follow ok :)

emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred

Friday 25 October 2013

First Date #12

Hello…hello… apa kahbar semua? harap sehat je.. hari ni aku nak kongsi cerpen yang aku buat, tapi kalau ada salah dan silap harap-harap tak marah ok. Maklumla aku ni first time buat cerpen ni, kalau ada salah jangan la kutuk, tepi tegur aku apa yang salah, lagi sekali aku cakap aku masih belajar ok lagi buat benda ni.. Lagi satu aku tak buat cerita ni sampai habis, sebab takut korang tak suka kalau ada yang cakap ok aku akan sambunglah… Maaf  ok.. aku takut melalut sorang-sorang 




.Gambar Hiasan





Zura masih diam. Tangannya memegang erat handpone S4 miliknya, yang baru dibeli minggu lepas. Dia tidak langsung ambik perduli tentang waiter yang asik ulang-alik mengambil pesanan dan menghantar pesanan di meja sebelah, tepi sebenarnya waiter tu tengah tunggu dia buat orders.
 


Dia masih merenung kosong melihat orang yang sebuk lalu-lalang didepan restoran tu. Tapi sebenarnya, dia bukan kesah sangat orang yang lalu-lalang depan restoran tu, mata je pandang tapi otak dah sampai ker Paris agaknya… hai kuat berangan jugak minah sorang ni, tak padan dengan perempuan...




Hari ini, merupakan hari pertama si Zura ni keluar date dengan lelaki yang dikenali di laman social. Dalam sebok si Zura ni termenung, tiba-tiba handpone S4 dia berbunyi,

“ bringgggg….”


“ Oiii mak kau!!! Aku cium Aaron Aziz…” apa lagi latah si Zura bergema satu restoran.
La… temenung jauh tadi rupanya fikir tentang cium Aaron Aziz nampak sangat perempuan ni kuat berangan. Apalah nak jadi dengan si Zura ni…

Alamak!!! hati dia berkata.  Cepat-cepat dia terus tunduk. Yela… nak tutup muka yang tengah merah padam sebab malu. Fuhhh… nasib baik orang kat sini tak ramai, hai kenpa la aku boleh melatah kuat sangat, berkata dalam hati. Tula, berangan lagi, bidas akal Zura.


Dengan tangan yang terketar-ketar kerana menahan malu, dia membuka mesej yang diterimanya tadi dari Faris:

“ saya mungkin lambat sikit kot, sebab jalan tengah jam, bagi saya masa dalam 10 minit lagi saya sampai.”

Alamak jantan ni lambat pulak… semalam masa janji, pesan dengan aku jangan lambat, last-last dia yang lambat. Potong 1 markah!!! Terus potong! Dah la aku tengah malu sorang kat sini, kang aku balik baru tau! Kata hati si Zura dengan marah, ala… marah-marah tapi sayang, bidas otak zura lagi. Hai tekanan jiwa jugak perempuan ni.

Tangan Zura terus meluncur laju menaip mesej:

“ okey, saya tunggu awak, sampai besok pun saya sanggup tunggu!”

Hai perempuan ni, marah-marah + malu lagi, sanggup tunggu sampai esok. Betol punya sayang kau dengan si Faris ni yea. Ingat. ni baru first date, jangan tangkap cintan sangat nanti merana diri.

Zura kembali mengangkat muka nya semula, sebab lenguh tengkuk dia menunduk je… tapi sebab dia angkat kepala balik, nak tengok orang sekeliling dia masih pandang dia atau tak. " fuhh nasib baiklah orang dah tinggal sikit" gumam pelahan si Zura.

Tangannya terus, menggodek S4 miliknya. Dia membuka gallery, untuk melihat gambar Faris, yang telah di hantar oleh Faris pada awal pengenalan mereka, tiba-tiba boleh rasa rindu pulak. Boleh tahan jugak si Faris ni, kacak habis aku tengok muka dia ni. Kening tebal, rambut yang tersisir rapi, berkulit kuning langsat cerah, senyuman yang menawan ditambah lagi lesung pipit kiri kanan, cair aku tengok... kalau dapat dia jadi suami aku ni, tak tido malam dibuatnya asyik tengok dia kat sebelah je, kata hati Zura. Memang sah, perempuan ni, kuat berangan, perangai apa la kau ni Zura…

Tidak beberapa lama kemudian, dia terlihat kelibat jejeka idamannya yang menuju ke arahnya…

Bertapa terpegunnya si Zura sebab dapat bertengtang mata dengan si Faris ni. Zura,memperhatikan Faris dari atas sampai kebawah. Faris ni, tinggi orangnya, kacak pun kacak. Pakai baju T-shirt hitam berkola V mernyelahkan lagi kulitnya yang cerah, dikenakan pulak baju T-shirt bersama seluar jeans. Memang perfect la si Faris ni, dah macam Model antarabangsa aku tengok, getus hati Zura. Tergugat iman aku, nasib baik la aku ni ala-ala wanita soleha sikit, tambah hatinya. Wanita soleha ker? Tanya otak zura. Tapi zura tidak mengendahkan kata fikirannya itu.




BERSAMBUNG……….






P/S: Korang dah bacakan? So apa pendapat korang patut sambung atau setakat ini sahaja? Aku tak nak la sambung sesuka hati nanti takut orang kata over sangat. Komen anda sangat lah penting untuk aku, kerana dengan komen korang la aku dapat perbetulkan apa yang silap. Tolong komen yeee… kalau tak nak komen kat sini just emil kan dekat aku ok :)


emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred

Monday 21 October 2013

OPSSS..... Silap.. #11

Hai korang pernah mengalami orang salah nombor tak? Mesti pernahkan? Tapi korang pernah terfikir tak, orang yang salah nombo tu kemungkinan akan jadi pasangan hidup korang? Hari ni aku nak cite la pasal seseorang, yang telah berkongsi cerita dengan aku pasal salah nombo ni. Layan la kesah dia ni, tapi aku dah tukar sikit dia punya gaya penceritaannya, harap enjoy.




Perkara ni belaku pada tahun 2010, aku ingat lagi. Masa tu aku masih lagi pelajar disebuah university di utara, tahun kelima. Waktu tu berlaku pada lepas magrib, tak silap aku pukul 8.00 malam macam tu la, masa tu aku siap nak keluar pergi makan dengan kawan aku. Dalam aku tengah sebok nak pakai tudung, hendphone aku berbunyi tapi masa tu aku malas nak layan aku biar kan la sampai ringtone habis sebab sapa yang kenal aku akan tahu waktu-waktu macam ni aku tak suka diganggu, tak lama dalam 2 ke 3 minit handphone aku bunyi lagi, tapi aku cuba la menjeling kat tepon aku  sambil betulkan tudung, aku tengok la nombo yang call aku. aku perhatikan nombo yang terpapar pada skrin aku, nombo yang tidak aku kenali lagi malas la aku nak layan kol tu.

Masa aku tngah syok-syok makan malam dengan kawan-kawan aku, nombo yang sama terpapar lagi di skrin handphone aku, 2 3 kali jugak la dia call, dalam hati aku cakap potong stim betol la… dah la aku tengah syok-syok makan, aku memang pangtang kalau tengah makan dikacau, apa lagi… dengan perasaan yang agak panas aku angkat jela call tu, mana la tau ada panggilan kecemasan ker… dengan suara agak kasar aku jawab call tu, tapi aku tak tau la panggilan merupakan panggilan masa depan aku hahaha... Berbalik cerita aku tadi, aku jawab la call tu dengan suara yang agak panas. Kedengaran suara lelaki bagi salam, aku jawab la salam tu, dalam marah-marah tu aku tau lagi hukum kalau tak jawab salam maklumla ala-ala wanita soleha gitu. Lepas aku jawab salam tu, laki tadi cakap dia nak cari kawan dia yang bernama Azlan, aku terfikir Azlan mana pulak la dia cari… apa lagi dengan suara yang agak kasar jawab “salah nombo la!!!” aku terus letak, terus orang tu tak call aku balik mungkin takut kot. Faham-faham la kalau suara orang tengah makan kena kacau hahaha…

Selang seminggu, masa tu aku rasa hari ahad ke sabtu macam tu la, sebab hari tu aku tak ada kelas atau pun perjumpaan kelab. Nombo yang sama jugak call aku, ketika tu aku dah la tngah khusyuk baca novel terkejut beruk aku handphone aku bunyi mana taknya, elok-elok sunyi baca novel tengah mejiwai tiba-tiba bunyi lagu super junior lagu sorry-sorry. Nasib baik la mode aku masa tu ok, aku jawab la fon tu dengan sopan siap bagi salam. Masih orang yang sama, mencari orang yang sama. Tapi kali ni aku cakap elok-elok, aku cakap “ maaf la encik, nama Azlan kat sini tak ada la… saya pun tak kenal sapa-sapa yang bernama Azlan. Mungkin encik salah nombo kot?” dengan suara lembut aku jawab, sebab hari tu aku aku cakap kasar-kasar tak paham bahasa so kali ni mana la tau dia faham bahasa pulak. Akhirya laki tadi menjawab maaf lepas tu terus off.

Semenjak hari tu, laki tadi tak ada kol or mesej sampai la malam tahun baru, ada mesej ucap selamat tahun baru dari dia. First-first aku ingat nombo mana la pulak, maklum la aku ni tak suka save nombor orang yang ada kat fon aku pun nombo yang penting je buat menyemak je nombor-nombor ynag tak penting aku save. Aku balas la mesej tu, aku tanya la siapa, pastu dia balas “ ni org yang salah nombor hari tu, lagi sekali saya mintak maaf banyak”, aku balas la balik “ ooo… sy inagt tadi sapa. Tak yah mintak maaf la.. itu perkara biasa kalau salah nombor. Tapi boleh sy tau mcm mana boleh salah nombor?” dan daripada saat itu la sesi perkenalan kami. Pada mulanya aku menyampah jugak, sebab dia ni dah macam polis suka tanya soalan sampai satu tahap malas aku nak jawab. Korang nak tau macam mana dia boleh tersalah call nombor aku cuma gara-gara nmbo kawan dia si Azlan tu sama dengan aku cuma beza 1 angka je, dia 476 aku 471.

Lama jugak la aku kenal dia, dalam tahun pertama kite orang  tak pernah jumpa sekali pun bertukar gambar pun idak, tapi kalau kiteorang dah call, berejam-rejam ada je yang nak di ceritakan, sampai kawan aku sindir aku. Mana taknya dia nuh jauh ke timur aku pulak jauh ke utara belajar. Sampai la satu masa tu, dia ajak aku keluar. Kebetulan masa tu aku dah habis belajar dan aku balik Selangor jumpa family aku, dan dia pulak dah kerja dekat KL so jarak untuk aku dan dia berjumpa dekat lah. Mula-mula dia ajak aku keluar, aku takut nak setuju, aku tak terus bagi jawapan. Aku ada lah buat solat sunat istiarah dan solat sunat hajat, aku berdoa pada Allah andai dia jodoh ku kau permudahkn lah. Selepas beberapa kali aku buat akhirnya hati aku macam beria-ia nak jumpa dia, so aku setuju nak jumpa dia. Aku ingat lagi hari aku nak jumpa dia, masa tu hari Ahad, 17/04/2011, jumpa dekat Mid Valley sebab dekat sikit dengan rumah aku so aku naik komuter je la.. tapi masa aku nak jumpa dia tu, aku ajak adik aku sekali sebagai teman, sebab sebenarnya aku masih takut, tapi yang paling utama untuk cover dengan bapak aku, maklum la bapak aku garang. First, sebelom aku jumpa dia aku takut gak, mana la tau dia ni perogol besiri ker tapi lepas jumpa dia semua sangkaan aku meleset sekali. Semenjak hari tu kiteorang bertambah rapat dan family aku tau pasal dia. Siap dah jumpa mak bapak masing-masing lagi…

Diam tak diam akhirnya aku menjadi isteri dia yang sah pada 24/12/2011 pada hari sabtu petang pukul 2.30 petang. Masa mula-mula dia melamar aku, terperanjat beruk aku. Mana tak nya aku ni ganas sikit orangnya tau-tau dia nak aku jadi isteri dia. Tapi sebelum aku terima lamaran dia aku buat solat sunat mintak pertunjuk pada Allah, Alhamdulillah Allah telah memberi jawapan nya. Kami tak bertunang sebab fikir macam membazir duit je… buat yang wajib jela… yang penting bahagia… hujung tahun ni genap la 2 tahun aku dan suami tercinta menjadi pasangan suami isteri yang sah. Aku sekarang sedang mengandungkan anak sulung kami yang dijangka akan keluar pada bulan 1 tahun depan. Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana telah menemukan aku dengan teman hidup ku dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, kerana enkau lah yang menentukan semua nya….





Ok tamat sudah cerita akak kita ni… yela bagi aku akak la sebab lagi tua dari akukn… tapi aku doakan akak ni akan bahagia sampai hujung nyawa. Walaupun aku terpaksa taip balik semua kesah dia gara2 dia hantar pakai PDF da... So tak boleh la aku copy paste. So peringatan kepada sapa yang nak kongsi cerita jangan la bagi dalam PDF jenuh aku nk taip balik n lagi satu cek dulu kalau ejaan salah ker apa ker, sebab aku ni tak lah power sangat. Kalau waktu sengal aku datang banyak ejaan yang aku langgar je.  Jadi sapa-sapa lagi nak kongsi cerita emil kat aku k J

Sunday 20 October 2013

Rupa atau Hati??? #10

Hai dah lama aku tak update blog ni, maklum la aku sibuk fikir pasal practical sampai benda lain aku malas nak fikir termasuk la blog ni. Ok hari ni, aku masih lagi mahu cerita pasal cinta “Rupa atau Hati”. Aku ambik topic ni sebab macam best je, untuk diceritakan. Maklum la, dunia makin maju, makin banyak la masalah dalam percintaan betul tak?



Berbalik pada topic tadi, korang rasa mana lagi bahagia kalau diberi pilihan untuk memilih rupa atau hati dalam percintaan???

Kalau aku diberi pilihan untuk memilih samaada rupa atau hati, sudah semestinya aku akan melihat hati, sebab hati akan mempengaruhi perwatakkan seseorang induvidu tersebut. Ok aku bagi satu contoh lah, tapi aku bagi contoh perempuan, nanti kalau aku bagi contoh laki korang salah tafsir pulak, kalau korang perempuan anggap la contoh yang aku bagi ni lelaki ok. Ada dua orang wanita, sorang cantik gila babeng dengan rambutnya yang ngurai, mata yang sepet dengan pipi yang gebu tapi comel , bentuk badan yang menarik ala-ala macam model gitu, kulit yang putih kemerah-merahan macam kacukan cina ngn mat saleh, sorang lagi pulak tak lah cantik sangat tapi tak lah buruk sangat dan bentuk badan dia tu tak lah menarik sangat ala-ala gempal sikit la, nak cakap lebih-lebih nanti kata mengutuk ciptaan tuhan pulak. Tapi kalau ditengok balik perwatakkan antara meraka ni macam tertukar, sebab wanita yang cantik ni mempunyai hati yang busuk sangat hanya Allah je la yang tau, dengan sikapnya yang suka berdendam, iri hati, bongkak, bangga diri, suka tipu dan lain-lain lagi la. Dah macam sepupu syaiton pun ada. Tapi terbalik pulak sikap yang ada pada wanita yang lagi satu, dia seorng yang amanah, penyayang, baik hati, lemah lembut, pemurah dan sopan santun bak kata orang tua-tua wanita melayu terakhir kata kan. Ok daripada contoh yang aku bagi tu korang akan pilih wanita yng mana satu, yang cantik atau yang gempal? Fikir-fikirkan lah mana lagi penting.

Seandainya, korang pilih yang cantik tu aku ucap kan tahniah sebab korang ni memang bijak. Aku tak cakap salah pilihan korang tu, tapi korang dah cukup kental ker nak ubah perangai dia? Sebab kalau korang ni laki lah korang nak ker anak-anak korang nanti beremakkan wanita seperti itu? Kalau wanita, korang nak suami macam tu, Yang sepatutnya menjadi pembibing dan khalifah keluarga?
Melainkan, korang semua cukup kental dan bijak untuk mengubah sikap nya, jangan pulak korang turut hanyut jugak dangan perangai buruk tu.

Seandainya, korang pilih yang lagi satu… aku ucap kan tahniah, kerana korang dah pakai mata hati dan deria keenam. Sebab apa aku cakap macam tu sebab rupa bukan lambang kebahagian sesebuah keluarga tersebut. Rupa yang buruk itu bolah diubah, betul tak? Bayang kan kalau wanita yang gempal tadi menjadi kurus mungkin dia akan menjadi lebih cantik daripada wanita yang lagi satu tadi. Korang boleh tengok sendiri la banyak contoh yang macam nie, korang tengok sesetengah artis kat Malaysia ni kebanyakkan mereka sebelom menjadi artis tak cantik pun tapi tengok lepas jadi artis terus jadi diva kau. Lagi satu dari kajian yang aku buat, kebanyakan kes cerai kat Malaysia ni, kerana mereka pilih pasangan mereka dari luaran bukan dalaman iaitu “hati”, jangan fikir lain pulak… Rupa yang cantik macam mana pun kalau masuk kubur hancur juga dimamah bumi betol tak?



Ok la… aku tak nak la cita lebih-lebih pasal topic ni. Sebab jodoh, maut, perpisahan, semua ditangan tuhan. Cuma kita kene bijak bertindak sebelom kita kene pijak kan…… tapi memang rezeki seseorang tu la kalau orang tu dapat kedua-duanya maksudnya dapat mencari pasangan hidup yang mempunyai rupa paras yang elok dan mempunyai hati yang nurani. Ok sampai sini je dulu, tapi kalau korang ada apa-apa cerita yang menarik boleh kongsi dengan aku, just emilkan pada aku je ok…. Aku akan post la kat blog ni, mana la tau kesah korang menjadi hot dan tarikan dalam blog aku ni…