Wednesday 25 September 2013

What is Cinta #9

Hai korang….. faried disini……

hari ni kita nk cita pasal apa ye???

pasal cinta nak tak??? Maklum la hari tu pergi majlis pelancaran darama bersiri Mencintaimu.... so kita bincang pasal cinta la pulak hari ni....



Ramai yang tahu tentang cintakan.... Ramai yang tahu menyebut perkataan cintakan.... Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cintakan... Tetapi adakah korang tahu apa itu cinta yang sebenarnya??? Kat sini ingin berkongsi dengan korang tentang apa itu cinta....

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak boleh dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya  tulin dan tidak  bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlapbak "baju M Daut Kilau gitu...." dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih korang mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada korang bila dia mahukan pengorbanan korang?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.



p/s: “aku cakap kat sini macam dah jadi doctor cinta… tapi hakikatnya aku sering gagal dalam percintaan sedih betol…” kalau korang semua nak kongsi topic dengan aku pun boleh je… just e-mail kat aku je ….
maklum la aku ni kadang2 tak ada topic apa yang nak di bincangkan dengan korang so… bagi-bagi la aku idea ok….. bantuan anda amat la dihargai….

emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred

Tuesday 24 September 2013

BACA JANGAN TAK BACA!!!! #8

Asik gosip je... pun susah....
Mari baca untuk santapan rohani.....
Bismillah .. Aneh kan?

Bertukar pasangan perkara biasa ..
Bercerai menjadi tradisi ..
Yang berzina mengaku khilaf ..
Yang salahguna dadah mengaku stress ..
Cegah HIV/AIDS guna kondom ..
Nikah muda dikatakan ketinggalan zaman …

Tidak ada Facebook twitter wasap dikata anti-sosial ..
Dengar Ayat Al-Quran dikatakan tak masyuk ..
Mendengar kuliah dikata dah tua ..
Ikut sunnah disebut teroris ..

Kalau ada lelaki malu bergaul dengan wanita dikatakan homo ..
Kalau ada wanita tidak bercinta dikata lesbi ..
Solat tepat waktu dikatakan alim ..
Minta doa ibu dikata anak manja …

Majlis ilmu sepi pengunjung ..
Konsert muzik berbau maksiat penuh stadium ..
Infak 1000 berat, beli tiket konsert RM500 dikatakan berbaloi …

Itulah gambaran dunia sekarang ..
Semoga kita menjadi orang yang tetap istiqomah dalam kebenaran! …

Lebih aneh lagi …
Orang berduyun-duyun mengejar title ..
Tetapi miskin ilmu dan kebijaksanaan ..
Orang berstrategi untuk menipu ..
yang tertipu lagilah ramai  …

Hebatnya …
Halal haram tak dihiraukan ..
Syubhat dirembat ..
Wajib jarang dilakukan ..
Sunah ditinggalkan ..

Tidak ambil rasuah dikatakan tolak rezeki ..
Tidak menjolok dikatakan rugi ..
Jabatan jadi kesempatan ..

Kekuasaan untuk mencari penghormatan ..
Kekayaan untuk pamer dan pemuas keserakahan ..
Rasa malu telah hilang, rasa berdosa mula tiada ..

Benarlah Rasulullah mengisyaratkan, ..

Islam itu datang dalam keadaan terasing, dan kembali dalam keadaan asing …

Beruntunglah, engkau sahabat-sahabatku yang terasing dalam kebenaran …

Tetaplah di jalan perjuangan ini, walau seperti memegang bara api .. Kebenaran pasti akan dimenangkan-Nya …

… Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci …

PRACTICAL #7

hai korang.......
lama aku tak update blog ni... maklum la sebok buat preparation untuk final exam.....
korang nak tahu sem ni merupakan sem terakhir aku untuk diploma., lepas habis sem ni, aku akan buat practical pula... tapi masalahnya sekarang aku tak tau nak practical kat mana.... sapa-sapa boleh bagi idea kat aku tak? kat mana aku patut buat practical? dah la 21/10 ni patut dah stat practical... buntu aku fikir nak buat kat mana practical nanti...

Ada la pensyarah aku bagi cadangan tempat-tempat practical tapi semua dorang bagi semua agak jauh-jauh dari tempat aku.... ada yang kat Johor, Melaka, Kedah dan P.Pinang... jauh kot tempat-tempat ni....
ada yang dekat tapi susah nak dapat... pening aku fikir practical ni jangan sampai aku buat kat kolej aku je... sah-sah dapat, tapi aku nak keluar dari kolej tu kot... tak nak dah kat sana!!!. korang kalau ada cadangan kat mana boleh buat practical bagi tau la aku ok... tapi kawasan KL dengan Selangor la... tak mampu aku nak jauh-jauh ni...


P/S: kalau korang nak kongsi cita emilkan la kat aku ok... story mory ni memang aku suka sangat. bukan apa nak hiburkan hati kalau asik tertekan je boleh jadi gila..... Lagi satu bantu la aku... bagi la cadangan 
untuk aku buat practical ok....

emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred

Sunday 1 September 2013

TEKNOLOGII.... #6


assalamualaikum.... kepda yng muslim dan kepada yang non-muslim salam sejahtera...

hari fred nk tanya satu soalan cepuk mas,  korang suka tak pakai smartphone?

fred tahu mesti jawapan korang mesti suka lakan.....sebab fred pun suka asik pinjam kawan punya fon je samapai diaorang bosan. Korang perasan tak semakin canggih technology semakin kurang kita keluar bersosial ngan kawan kita betol tak??. kalau keluar pun  masing-masing buat hal sendIiri dah x banyak bersembang sebuk dengan twitter, facebook, instagram, whatsapp,wechat dan lain-lain lagi la..... Sapai bila agaknya perkara ini akan terjadi? adakah ia akan berterusan atau ianya akan lebih teruk?
Nasihat iklas fred kepada yang mereka berperangai macam tu harap-harap berubah la... nanti bumi sunyi je kesian kawan korang yang pakai phone biasa-biasa je. Ada la hari tu fred keluar, fred tengok ada satu group dorang lepak tapi masing-masing sebuk tengok phone tak bertegur sapa pun lebih baik dok rumah je dari bazir masa kuar lepak.... kepada mereka yang bergitu buat-buat la berubah tak elok untuk kesihatan ingat.... kalau korang tak percaya tengok sekeliling korang banyak terjadi...........

p/s : Salam iklas daripada fred.... kalau korang nak kongsi cita emilkan la kat fred ok story mory ni memang fred suka sangat. bukan apa nak hiburkan hati kalau asik tertekan je boleh jadi gila.....
emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred