Sunday 20 October 2013

Rupa atau Hati??? #10

Hai dah lama aku tak update blog ni, maklum la aku sibuk fikir pasal practical sampai benda lain aku malas nak fikir termasuk la blog ni. Ok hari ni, aku masih lagi mahu cerita pasal cinta “Rupa atau Hati”. Aku ambik topic ni sebab macam best je, untuk diceritakan. Maklum la, dunia makin maju, makin banyak la masalah dalam percintaan betul tak?



Berbalik pada topic tadi, korang rasa mana lagi bahagia kalau diberi pilihan untuk memilih rupa atau hati dalam percintaan???

Kalau aku diberi pilihan untuk memilih samaada rupa atau hati, sudah semestinya aku akan melihat hati, sebab hati akan mempengaruhi perwatakkan seseorang induvidu tersebut. Ok aku bagi satu contoh lah, tapi aku bagi contoh perempuan, nanti kalau aku bagi contoh laki korang salah tafsir pulak, kalau korang perempuan anggap la contoh yang aku bagi ni lelaki ok. Ada dua orang wanita, sorang cantik gila babeng dengan rambutnya yang ngurai, mata yang sepet dengan pipi yang gebu tapi comel , bentuk badan yang menarik ala-ala macam model gitu, kulit yang putih kemerah-merahan macam kacukan cina ngn mat saleh, sorang lagi pulak tak lah cantik sangat tapi tak lah buruk sangat dan bentuk badan dia tu tak lah menarik sangat ala-ala gempal sikit la, nak cakap lebih-lebih nanti kata mengutuk ciptaan tuhan pulak. Tapi kalau ditengok balik perwatakkan antara meraka ni macam tertukar, sebab wanita yang cantik ni mempunyai hati yang busuk sangat hanya Allah je la yang tau, dengan sikapnya yang suka berdendam, iri hati, bongkak, bangga diri, suka tipu dan lain-lain lagi la. Dah macam sepupu syaiton pun ada. Tapi terbalik pulak sikap yang ada pada wanita yang lagi satu, dia seorng yang amanah, penyayang, baik hati, lemah lembut, pemurah dan sopan santun bak kata orang tua-tua wanita melayu terakhir kata kan. Ok daripada contoh yang aku bagi tu korang akan pilih wanita yng mana satu, yang cantik atau yang gempal? Fikir-fikirkan lah mana lagi penting.

Seandainya, korang pilih yang cantik tu aku ucap kan tahniah sebab korang ni memang bijak. Aku tak cakap salah pilihan korang tu, tapi korang dah cukup kental ker nak ubah perangai dia? Sebab kalau korang ni laki lah korang nak ker anak-anak korang nanti beremakkan wanita seperti itu? Kalau wanita, korang nak suami macam tu, Yang sepatutnya menjadi pembibing dan khalifah keluarga?
Melainkan, korang semua cukup kental dan bijak untuk mengubah sikap nya, jangan pulak korang turut hanyut jugak dangan perangai buruk tu.

Seandainya, korang pilih yang lagi satu… aku ucap kan tahniah, kerana korang dah pakai mata hati dan deria keenam. Sebab apa aku cakap macam tu sebab rupa bukan lambang kebahagian sesebuah keluarga tersebut. Rupa yang buruk itu bolah diubah, betul tak? Bayang kan kalau wanita yang gempal tadi menjadi kurus mungkin dia akan menjadi lebih cantik daripada wanita yang lagi satu tadi. Korang boleh tengok sendiri la banyak contoh yang macam nie, korang tengok sesetengah artis kat Malaysia ni kebanyakkan mereka sebelom menjadi artis tak cantik pun tapi tengok lepas jadi artis terus jadi diva kau. Lagi satu dari kajian yang aku buat, kebanyakan kes cerai kat Malaysia ni, kerana mereka pilih pasangan mereka dari luaran bukan dalaman iaitu “hati”, jangan fikir lain pulak… Rupa yang cantik macam mana pun kalau masuk kubur hancur juga dimamah bumi betol tak?



Ok la… aku tak nak la cita lebih-lebih pasal topic ni. Sebab jodoh, maut, perpisahan, semua ditangan tuhan. Cuma kita kene bijak bertindak sebelom kita kene pijak kan…… tapi memang rezeki seseorang tu la kalau orang tu dapat kedua-duanya maksudnya dapat mencari pasangan hidup yang mempunyai rupa paras yang elok dan mempunyai hati yang nurani. Ok sampai sini je dulu, tapi kalau korang ada apa-apa cerita yang menarik boleh kongsi dengan aku, just emilkan pada aku je ok…. Aku akan post la kat blog ni, mana la tau kesah korang menjadi hot dan tarikan dalam blog aku ni…

No comments:

Post a Comment