Tuesday 5 November 2013

OPSSS... COUPLE? #14

hai korang... sehat tak? aku harap korang sehat la... sory la korang buat masa ni aku tak ada mode nak menulis blog ni... maklum la baru stat praktikal so banyak la keje yang aku kene buat sampai benda lain aku tak sempat, tapi malang aku keje bukan main kuat tapi... gaji tak dapat pun... hurm... ehhh aku ni dah melalut pulak.

ok hari ini aku nak cakap sesuatu yang agak sensitif la. hope sapa-sapa tak marah la.. pasal couple sebelom kahwin.


setahu aku lah, couple sebelom kahwin ni tak boleh menurut islam tapi betol ker? tapi kenapa ramai remaja islam sekarang banyak bercouple-couple? ada ker couple islamik? perlu ker couple sebelom kahwin?

sapa boleh jawab soalan ini?

bagi pendapat aku dan setahu aku lah couple secara islam adalah perkahwinan. tapi kenapa ramai orang islam kini salah anggap? bukan kah dunia semakin maju semakin bijak manusia itu? ada sesetengah orang berkata " kami couple secara islamik", wujud kah couple islamik ini? apa yang di maksudkan dengan couple islamik ini? ada kah Rasulullah pernah berkata tentang couple islamik ini? siapa kah yang mewujudkan couple islamik ini? siapa boleh jawab?

ok kita tinjau fenomena couple pada saat ini, pasti wujud perbuatan-perbuatan yang dilarang. Kita dapat melihat bahawa bercouple boleh mendekati zina. Ia diawali dengan pandangan mata terlebih dahulu. Lalu pandangan itu mengendap di hati. Kemudian timbul hasrat untuk jalan berdua. Lalu berani berdua-duaan di tempat yang sepi. Setelah itu bersentuhan dengan pasangan. Lalu dilanjutkan dengan ciuman. Akhirnya, sebagai pembuktian cinta dibuktikan dengan berzina. –Naudzu billahi min syarri dzalik-. Lalu pintu mana lagi yang paling lebar dan paling dekat dengan ruang perzinaan yang melebihi pintu couple?! Benarlah satu ungkapan yang berbunyi “Dari mata turun ke hati”. Maksiat di antara lawan jenis sememangnya diawali dengan pandangan mata.
Mungkinkah ada couple atau Islamik? Sungguh, couple yang dilakukan saat ini bahkan yang dilabel dengan ‘couple Islamik’ tidak mungkin dapat terhindar dari larangan-larangan agama islam. tak kira lah korang cakap yang korang ni rajin baca Al-Quran rajin sembahyang tapi apa bila kita dah dekat dengan pintu zina " couple " kita pasti akan melaku kan zinar walaupun kita cakap kita tak buat tapi kita tak sedar yang hati kita telah melakukan zinar, itu yang dinamakan zinar hati! kita mempunyai pegangan agama jadi renung-renungkan lah....





Ye.. aku tahu, kita ni darah muda banyak melakukan kesilapan, tapi kita sanggup ke memalukan agama, maruah kita dan maruah keluarga kita? tapi kenapa ada orang yang sanggup buat video pasal cinta mereka yang orang lain tengok dan fikir seperti mereka ini tidak bermaruah.... kenapa???






P/S; Aku cakap pasal ni sebab aku tersdar hari ini, bertapa bodohnya aku. kerana pernah melakukan benda ni.... aku bukan nak tujuk pandai or nak tunjuk baik cuma aku malu lah sebab aku pernah buat semua tu. tapi korang jangan salah anggap apa yang aku cakap kat atas. itu adalah pendapat aku andai kata korang kata salah mungkin aku silap. tapi aku harap tak ada sapa yang akan benci blog aku ni ye.... kalau aku ada salah pape komen lah.. dan tegur lah silap aku baru tahu dan aku tak akan buat lagi. lagi satu kalau korang ada apa-apa cerita kongsilah dengan aku ok
emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred

3 comments:

  1. rasanya mmg wujud.. sbb kwn baik sy sendiri merupakan seorang yg drpd latar belakang keluarga yg kuat agama dan dia ni pun bertudung labuh.. setiap kali dia "dating" dengan pakwe dia,, dia akan bawak 2 org adik dia yg masing2 pun dh besar.. & kalau keluar sebelum asar dah balik rumah... bergayut tepon tu kurang, lebih kpd sms.. kalau sms plak standard org bercinta tp xde yg smpai org baca akan muntah darah... & now alhamdulillah dh kawen pun.. walaupun dia seorang yg beragama.. tp dia tetap manusia biasa yg x terlipas drpd dosa... begitu juga kita.. yg penting kita dh usaha menjauhi maksiat... & bertaubat jika melakukannya .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya la... kita x sedar kita sebnarnya melakukan
      melaku zinar hati, ramai yang x perasan akan dosa zinar hati ini... oleh sebab itu rasulullah sendiri menyarankn kita supaya berkahwin awal sekiranya mampu dan seandainya tidak mampu kita harus lah berpuas termasuk lah berpuasa hati... :)

      Delete
  2. seeloknya bertunang la drpd duk bercouple islamic bagai tu..tp batas tetap kena jaga..lepastu bila tiba masa kawenlah..that is the best kot huhu :)

    ReplyDelete