Friday 25 October 2013

First Date #12

Hello…hello… apa kahbar semua? harap sehat je.. hari ni aku nak kongsi cerpen yang aku buat, tapi kalau ada salah dan silap harap-harap tak marah ok. Maklumla aku ni first time buat cerpen ni, kalau ada salah jangan la kutuk, tepi tegur aku apa yang salah, lagi sekali aku cakap aku masih belajar ok lagi buat benda ni.. Lagi satu aku tak buat cerita ni sampai habis, sebab takut korang tak suka kalau ada yang cakap ok aku akan sambunglah… Maaf  ok.. aku takut melalut sorang-sorang 




.Gambar Hiasan





Zura masih diam. Tangannya memegang erat handpone S4 miliknya, yang baru dibeli minggu lepas. Dia tidak langsung ambik perduli tentang waiter yang asik ulang-alik mengambil pesanan dan menghantar pesanan di meja sebelah, tepi sebenarnya waiter tu tengah tunggu dia buat orders.
 


Dia masih merenung kosong melihat orang yang sebuk lalu-lalang didepan restoran tu. Tapi sebenarnya, dia bukan kesah sangat orang yang lalu-lalang depan restoran tu, mata je pandang tapi otak dah sampai ker Paris agaknya… hai kuat berangan jugak minah sorang ni, tak padan dengan perempuan...




Hari ini, merupakan hari pertama si Zura ni keluar date dengan lelaki yang dikenali di laman social. Dalam sebok si Zura ni termenung, tiba-tiba handpone S4 dia berbunyi,

“ bringgggg….”


“ Oiii mak kau!!! Aku cium Aaron Aziz…” apa lagi latah si Zura bergema satu restoran.
La… temenung jauh tadi rupanya fikir tentang cium Aaron Aziz nampak sangat perempuan ni kuat berangan. Apalah nak jadi dengan si Zura ni…

Alamak!!! hati dia berkata.  Cepat-cepat dia terus tunduk. Yela… nak tutup muka yang tengah merah padam sebab malu. Fuhhh… nasib baik orang kat sini tak ramai, hai kenpa la aku boleh melatah kuat sangat, berkata dalam hati. Tula, berangan lagi, bidas akal Zura.


Dengan tangan yang terketar-ketar kerana menahan malu, dia membuka mesej yang diterimanya tadi dari Faris:

“ saya mungkin lambat sikit kot, sebab jalan tengah jam, bagi saya masa dalam 10 minit lagi saya sampai.”

Alamak jantan ni lambat pulak… semalam masa janji, pesan dengan aku jangan lambat, last-last dia yang lambat. Potong 1 markah!!! Terus potong! Dah la aku tengah malu sorang kat sini, kang aku balik baru tau! Kata hati si Zura dengan marah, ala… marah-marah tapi sayang, bidas otak zura lagi. Hai tekanan jiwa jugak perempuan ni.

Tangan Zura terus meluncur laju menaip mesej:

“ okey, saya tunggu awak, sampai besok pun saya sanggup tunggu!”

Hai perempuan ni, marah-marah + malu lagi, sanggup tunggu sampai esok. Betol punya sayang kau dengan si Faris ni yea. Ingat. ni baru first date, jangan tangkap cintan sangat nanti merana diri.

Zura kembali mengangkat muka nya semula, sebab lenguh tengkuk dia menunduk je… tapi sebab dia angkat kepala balik, nak tengok orang sekeliling dia masih pandang dia atau tak. " fuhh nasib baiklah orang dah tinggal sikit" gumam pelahan si Zura.

Tangannya terus, menggodek S4 miliknya. Dia membuka gallery, untuk melihat gambar Faris, yang telah di hantar oleh Faris pada awal pengenalan mereka, tiba-tiba boleh rasa rindu pulak. Boleh tahan jugak si Faris ni, kacak habis aku tengok muka dia ni. Kening tebal, rambut yang tersisir rapi, berkulit kuning langsat cerah, senyuman yang menawan ditambah lagi lesung pipit kiri kanan, cair aku tengok... kalau dapat dia jadi suami aku ni, tak tido malam dibuatnya asyik tengok dia kat sebelah je, kata hati Zura. Memang sah, perempuan ni, kuat berangan, perangai apa la kau ni Zura…

Tidak beberapa lama kemudian, dia terlihat kelibat jejeka idamannya yang menuju ke arahnya…

Bertapa terpegunnya si Zura sebab dapat bertengtang mata dengan si Faris ni. Zura,memperhatikan Faris dari atas sampai kebawah. Faris ni, tinggi orangnya, kacak pun kacak. Pakai baju T-shirt hitam berkola V mernyelahkan lagi kulitnya yang cerah, dikenakan pulak baju T-shirt bersama seluar jeans. Memang perfect la si Faris ni, dah macam Model antarabangsa aku tengok, getus hati Zura. Tergugat iman aku, nasib baik la aku ni ala-ala wanita soleha sikit, tambah hatinya. Wanita soleha ker? Tanya otak zura. Tapi zura tidak mengendahkan kata fikirannya itu.




BERSAMBUNG……….






P/S: Korang dah bacakan? So apa pendapat korang patut sambung atau setakat ini sahaja? Aku tak nak la sambung sesuka hati nanti takut orang kata over sangat. Komen anda sangat lah penting untuk aku, kerana dengan komen korang la aku dapat perbetulkan apa yang silap. Tolong komen yeee… kalau tak nak komen kat sini just emil kan dekat aku ok :)


emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred

1 comment:

  1. not bad 4 begining starting..still need 2 improve with ur language n comprehension myfrenz.. n da story should be cont. okeyy.. :)

    ReplyDelete