Saturday, 28 December 2013

DIA SUAMIKU , DAN SIAPAKAH AKU? #19

hai korng semua, hari ni aku nak post pasal cerita yang aku buat sendiri. tapi paham-paham lah aku ni masih baru lagi dalam membuat penulisan ni kalau ada apa-apa yang silap tu harap korang tegur-tegur lah aku ok. sebab dengan teguran lah kita dapat bejaya. ok lah nanti aku melalut pulak. tajuk cerita ini adalah 'DIA SUAMI KU, DAN SIAPAKAH AKU?' harap korang akan terhibur...


DIA SUAMIKU, DAN SIAPAKAH AKU?


Tengku Qistina merenung lama baju pengantin yang tergantung indah pada pintu almari. Hatinya bergitu risau dan tidak sabar-sabar, kerana esok merupakan hari bahgianya. Semakin lama dia merenung baju pengantin tersebut, semakin risau dibuatnya.

Adakah benar tindakan aku berkahwin dengan si dia? Jika betul tindakan aku berkahwin dengan dia, kenapa aku berasa galisah? Ya Allah bertulkah tindakan aku ini? Jika betul, tenangakan lah hati hambamu ini ya Allah. Gumam Tengku Qistina pelahan.

Tengku Qistina bangun dari katilnya dan terus menuju ke almari solek untuk mengambil telefonnya. Dia duduk kembali ditepi katil dan dia menggenggam kuat telefon, jantungnya berdegup bergitu kencang bagaikan sudah ingin tercabut.

'Betulkah aku nak telefon dia waktu-waktu macam ni?' Tanya hatinya

Tengku Qistina kembali merenung kosong biliknya. Dia baru perasan yang biliknya telah dihias cantik untuk perkahwinannya.

“Erm… Ini mesti kerja mama dan kak Mah ni.” keluh Tengku Qistina yang tidak suka bilik peribadinya diubahsuai.

Hatinya bertambah tidak karuan bila terpandang baju pengantinya yang  tergantung pada almari pakaianya. Dia terus bangun dan menuju ke balkoni biliknya. Tangan yang telah dihiasi oleh inai masih menggenggam kuat telefon.

Setibanya di balkoni biliknya dia terdengar keriuhan mamanya yang sibuk meguruskan persiapan majlis perkahwinannya. Dengan lantas jarinya mecari-mecari nama insan yang beliau cintai. Tapi dia terbantut seketika untuk menelifon insan yang dia cintai kerana jantungnya berdegup 5 kali ganda lajunya daripada biasa apa bila malihat nama isan tersebut . Betul-betul bedebar perempuan ni sampai jantungnya berdegup 5 kali ganda laju,macam nak mati je.

‘kenapa aku rasa macam ni? Tadi bukan main beria nak telefon’ keluh hatinya. Tapi dia kuatkan semangat untuk telefon juga. Dia terus menekan button call, tapi nasib nya malang makcik operator yang angkat. Ingin saja dia memcampak telefon miliknya kebawah. Nasib baik akalnya masih waras dan menghalang tindakan bodahnya. Sengal jugak perempuan ni, baru call sekali dah nak campak phone.

Tengku Qistina kembali menenangkan dirinya. Dia membuka album pada telefon miliknya, dia melihat kembali semua gambar lelaki yang bakal begalar suami.

“ Alamak! So… Sory, encik. Saya mintak maaf… saya betul-betul tidak sengaja. Saya tadi langsung tak perasan.”

Tengku Qistina teringat kembali peristiwa yang telah menemukan dia dan bakal suaminya.

“ Banyaklah kau punya sorry! Kau punya sorry tu boleh masuk longkang lah, tau tak!” tengking pemilik baju yang telah Tengku Qistina kotorkan.

Fuh! Nada mamat ni macam haram… Aku cakap elok-elok dia tengking aku, dia fikir aku ni pekak ker? Dah la orang ramai kat sini. Harap je hensem tapi perangai macam anjing kurap! Kutuk Tengku Qistina dalam hati.

“ Tapi…”

Tengku Qistina cuba menjawab tapi ayatnya mati kerana telah dicantas oleh mamat kurang ajar tadi.

“ Tak ada tapi-tapi lagi!” cantas lelaki tadi.

Tengku Qistina terdiam dan hanya mampu untuk menelan air liurnya.

“ Kau dah tumpahkan air kat baju aku, senang-senang nak mintak maaf! Banyak cantik muka kau! Kau tau tak lepas ni aku ada meeting penting dengan client!”

‘Huh! Memang pun muka aku cantik!’ hendak saja dia membalas kata-katanya lelaki biadap tu tapi akalnya masih waras untuk bertengkar di tempat public yang ramai orang ni. Tengku Qistina memang tidak menyangkal masalah ini berpunca daripada dia sebab itu juga Tengku Qistina tidak melawa.

“ Awak boleh tak jangan tengking-tengking? Kita kat tempat awam ni. Erm… lagi satu kita kat shopping mall, apakata saya belikan awak baju lain? “ tawar Tengku Qistina dengan nada yang lembut dan sopan.

“ Ooo! Kau tahu malu kene tengking ngan aku kat tempat ni! Masa buat salah tak fikir malu! Kau fikir kau mampu ker nak beli baju yang sama harga dengan yang ni?! Perempuan bodoh ” beran laki tersebut.

‘Jantan ni dah melampau! Aku cakap elok-elok siap tawarkan untuk ganti rugi dia boleh pekecilkan aku lagi siap cakap aku bodoh! Wei kau tak tau lagi aku ni siapa lah! Aku ni anak Tengku Hisham pemilik syarikat Megah Holding’ betak hati Tengku Qistina

Tiba-tiba Tengku Qistina tersedar daripada lamunan kesah silapnya yang telah terjadi 9 bulan lepas. Teleponnya berdering, dan dia terus malihat screen telephone miliknya. Alahkan bahagianya Tengku Qistina melihat telefonya, isan yang dia cintai yang terpapar pada screen. Jari Tengku Qistina terus terpacu laju menekan button answer.

Hello… Abang..” jawab Tengku Qistina dengan manja.

“Hello sayang, maaf la tadi masa sayang call telepon abang mati sabab low battery. Maafkan abang ye sayang… Sayang abang ni tak merajukkan?” tanya Tengku Denish Rayan.

“Eh… mana ada marah lah abang.” Balas Tengku Qistina.

“Sayang, abang tak sabar-sabarlah tunggu besok. Sayang berdebar-debar tak? Abang berdebar-debar lah tak boleh nak tido.”

“ Sikit lah rasa berdebar tapi tak lah teruk macam orang tu sampai tak boleh tidor. Hahaha…” gelak sopan Tengku Qistina. Yela tu, berdebar sikit je, tadi siapa yang nak campak handset kebawah. Bidas otaknya.


Tengku Qiatina terus berbual dengan buah hatinya. Ketika ini, Tengku Qistina berasa amat bahagia semua perasaan yang tadi dia alami semuanya hilang. Tak ada lagi rasa risau, dan dia percaya keputusan yang dibuat oleh dia adalah benar, Tengku Danish lah lelaki yang dia cari selam ini…  

Tapi dalam keadan bahagia ini, hati Tengku Qistina masih tidak tenteram dan merasakan ada sesuatu yang akan terjdi.

bersambung......

--------------------------------------------------------------------------------------

p/s: so macam mana cerita dia ok tak? kalau ok Alhamdulillah la. tapi yang penting adalah feedback korang tolong lah aku ye bagi feedback korang sebab dangan feedbacj korang lah aku boleh tambah baik apa yang kurang. tolong aku ok. kalau korang segan nak comment kat sini korang boleh bagi emil kat aku...
yang penting korang tolong  aku.  


emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred

Tuesday, 17 December 2013

hurmmm....... seramnya #17

Hai korang semua…. Sehat tak? Lama aku tak update blog aku ni, hrmmm… korang rindu aku tak? Sudah semetinya, tak kan? Maklum la siapa la diri ku ini :’(. *tak payah nak sedih sangat la faried hahaha…* sory la korang aku tak update blog aku lama sangat… maaf tau. Aku bukan sengaja tak nak update Cuma aku macam malas  nak update oleh disebabkn sebuk disiang hari, sekarang kan aku dah practical. Tapi yang tak bestnya apa, aku practical kat kolej aku sendiri, hurmmmm sadis betul hidup aku.

Lagi satu sebab aku tak update blog ni oleh kerana aku telah mengalami kemalangan atau bak kata orang putih accident tapi Alhamdulillah aku tak apa-apa. Walaupun kereta yang aku naik terbalik. Dengan kuasa Allah aku tak apa Cuma lebam-lebam je. Korang nak tau tak? Masa accident tu, aku dok belakang ,tengah syok-syok pandang luar tingkap sambil bayang kan si dia(my sweet heart) *mcam nak tunjuk ada buah hati nampak*. Tiba-tiba…… aku rasa kereta tu macam goyang semacam, terus aku pandang depan, tengok-tngok kereta ni dah nak tuju ke divider tengah tak sempat aku cakap apa-apa tayar depan kereta terus naik divider tu apa lagi kereta terbalik la… masa kereta tu terbalik aku sedar lagi, tapi lepas kepala aku terhantuk kat bumbung, aku black out, aku tak ingat apa-apa sedar-sedar je aku dah mencari pintu. Nasib baik semua ok Cuma lebam-lebam je…

Tapi part yang paling best masa nak keluar, tak ada sapa yang tolong padahal kereta yang lalu situ banyak je, kata orang Malaysia ni peramah & suka tolong-menolong tang mananya orang Malaysia macam tu, yang ada pun cuma kereta slow bukannya nak tolong tapi just nak tengok je buat apa bikin jem je… nasib baik la aku tak apa-apa. 3 minit kemudian, ada orang tolong tapi yang best nya orang tu terperanjat, sebab kiteorang tak apa-apa, tapi kalau korang tengok kereta yang aku naik mesti korang akan berfikir ‘koman-koman pun patah tangan or kaki’ bak kata kawan aku. Aku ingat lagi masa orang tu nak tolong kiteorng, dengan nada yang cemas ni dia tanya ‘ sapa dalam kereta tu? Ok ka? Mana orangnya?’ dalam hati aku masa orng tu tanya nak je aku cakap buta ker, nasib baik la aku waras lagi. Tapi agak geli hati la, sebab lepas keluar kereta tu kawan aku siap jaga trafik padahal baru accident tu. 


INI LAH KERETA YANG AKU NAIK.......



P/S; Tapi kemalangan ni merupakan kemalangan yang sangat menakut kan aku sampai aku masih agak fobia kalau kereta aku naik tu laju. Now, walaupun aku duduk belakang aku pakai seat belt, seram kalau tak pakai.  Sebab apa aku cerita pasal kemalangan aku ni? Sebab aku nak cakap umur aku panjang lagi dan Allah bagi perluang kedua aku untuk berubah. Tapi memang fikir balik memang hebat sungguh kuasa Allah. Walaupun luar boleh dikata kan hancur tapi orang yang didalam nya elok lagi ” kun fayakun- jadilah maka jadilah”. Harap-harap perkara ini  tak jadi lagi dah seram kot.


emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred
facebook : muhammad faried

Monday, 11 November 2013

ewah ewah ewah!!! COVER NAMPAK!

Hai korang… hari ni aku nak cerita pasal perkara yang dilakukan oleh perempuan masa dorang cover-cover ayu masa bersama pakwe mereka. Aku buat benda ni berdasarkan pandangan orang lain dan maklumat kat internet, so kalau ada salah pape bagi tau aku ok….

Aku bagi, 5 perkara yang biasa perempuan buat untuk cover ayu depan pakwe..





5. Bile berjalan bersama-sama, si awek nie berjalan kepit-kepit seperti ala-ala gadis Jepun berpakaian kimono selangkah-langkah lambatnyer. Si pakwe dah sepuloh langkah dia baru selangkah. – permpuan macam ni aku kurang gemar suka melambat-lambat kan masa, kesian pakwe tu kene menunggu dia…


4. Kalau duduk bertntangan sambil minum di restoran mamak, tangan mesti dok sebok kacau air dengan straw walaupun cuma air kosong – yang ini aku tak tau motif dia kenapa? Sapa tau kenapa dorang buat macam ni?


3. Kalau gelak? mesti tutup mulot dengan tangan supaya nampak sopan padahal bila dgn kawan-kawan ketawa mengilai-ngilai mengalahkan pontianak atau hantu kak limah! - kalau macam ni kahwin dengan hantu raya jela….


2. Bila bersembang dengan pakwe di Phone, suara punya la perlahan sampai pakwe cuma mampu ckp "iye?" je sebab tak dengar yang awek dia cakap, cuba kalau dengan kawan-kawan cakap bukan main kuat nak-nak kalau acara mengumpat, jiran kampung sebelah pun boleh dengar - ala perempuan macam ni nak bajet wanita melayu terakhir, betol x?


1. Tengah-tengah dating di shopping complex tetiba tunjuk sifat keibuan kalo ade budak kecik, walhal adik sebaya kat rumah suh jaga pun malas. – perempuan macam ni la sangat bahaya, kerana dangan mereka melakukan cara sebegitu hati lelaki akan cepat terpaut, bahaya macam ni silap-silap dah kahwin anak pun terabai






P/S :Psst! Hehe Pada yang lelaki, korang rasa ada tak aweks korang bersifat macam ni? Atau bagi yang perempuan pulak, rasa-rasa korang tergolong dalam senarai ni tak?  If ada buat-buat lah barubah k. Korang ni biar la jujur ngn pasangan korang ok… kalau tak nanti dah kahwin korang tunjuk perangai asal korang habis la rumah tangga tak aman yang paling penting jujur pada diri sendiri dan jadi diri sendiri ok…. :)

emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred

Friday, 8 November 2013

APA?!! TERIMA KASIH? #15




Assalamualaikum semua....
Macam mana hari ni? seronok? harap korang semua mengalami hari-hari yang sangat indah... hari aku tak post pasal cinta tapi aku nak ucapkan banyak terima kasih kat korang sebab sokong aku dalam berbloging ni. I hope u all will more happy when u read my post after this. dan doakn aku supaya dapat menjadi bloger yang hebat ye :)  walaupun  sekarang pageview aku sikit tapi Alhamdulillah semakin hari semakin meningkat... lagi sekali aku nak ucapkan kat korang banyak-banyak terima kasih. sebelom aku lupa, aku nak cakap kalau korang ada apa-apa cerita yang menarik dan ingin dikongsikan just Emil to me ok


emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred

Tuesday, 5 November 2013

OPSSS... COUPLE? #14

hai korang... sehat tak? aku harap korang sehat la... sory la korang buat masa ni aku tak ada mode nak menulis blog ni... maklum la baru stat praktikal so banyak la keje yang aku kene buat sampai benda lain aku tak sempat, tapi malang aku keje bukan main kuat tapi... gaji tak dapat pun... hurm... ehhh aku ni dah melalut pulak.

ok hari ini aku nak cakap sesuatu yang agak sensitif la. hope sapa-sapa tak marah la.. pasal couple sebelom kahwin.


setahu aku lah, couple sebelom kahwin ni tak boleh menurut islam tapi betol ker? tapi kenapa ramai remaja islam sekarang banyak bercouple-couple? ada ker couple islamik? perlu ker couple sebelom kahwin?

sapa boleh jawab soalan ini?

bagi pendapat aku dan setahu aku lah couple secara islam adalah perkahwinan. tapi kenapa ramai orang islam kini salah anggap? bukan kah dunia semakin maju semakin bijak manusia itu? ada sesetengah orang berkata " kami couple secara islamik", wujud kah couple islamik ini? apa yang di maksudkan dengan couple islamik ini? ada kah Rasulullah pernah berkata tentang couple islamik ini? siapa kah yang mewujudkan couple islamik ini? siapa boleh jawab?

ok kita tinjau fenomena couple pada saat ini, pasti wujud perbuatan-perbuatan yang dilarang. Kita dapat melihat bahawa bercouple boleh mendekati zina. Ia diawali dengan pandangan mata terlebih dahulu. Lalu pandangan itu mengendap di hati. Kemudian timbul hasrat untuk jalan berdua. Lalu berani berdua-duaan di tempat yang sepi. Setelah itu bersentuhan dengan pasangan. Lalu dilanjutkan dengan ciuman. Akhirnya, sebagai pembuktian cinta dibuktikan dengan berzina. –Naudzu billahi min syarri dzalik-. Lalu pintu mana lagi yang paling lebar dan paling dekat dengan ruang perzinaan yang melebihi pintu couple?! Benarlah satu ungkapan yang berbunyi “Dari mata turun ke hati”. Maksiat di antara lawan jenis sememangnya diawali dengan pandangan mata.
Mungkinkah ada couple atau Islamik? Sungguh, couple yang dilakukan saat ini bahkan yang dilabel dengan ‘couple Islamik’ tidak mungkin dapat terhindar dari larangan-larangan agama islam. tak kira lah korang cakap yang korang ni rajin baca Al-Quran rajin sembahyang tapi apa bila kita dah dekat dengan pintu zina " couple " kita pasti akan melaku kan zinar walaupun kita cakap kita tak buat tapi kita tak sedar yang hati kita telah melakukan zinar, itu yang dinamakan zinar hati! kita mempunyai pegangan agama jadi renung-renungkan lah....





Ye.. aku tahu, kita ni darah muda banyak melakukan kesilapan, tapi kita sanggup ke memalukan agama, maruah kita dan maruah keluarga kita? tapi kenapa ada orang yang sanggup buat video pasal cinta mereka yang orang lain tengok dan fikir seperti mereka ini tidak bermaruah.... kenapa???






P/S; Aku cakap pasal ni sebab aku tersdar hari ini, bertapa bodohnya aku. kerana pernah melakukan benda ni.... aku bukan nak tujuk pandai or nak tunjuk baik cuma aku malu lah sebab aku pernah buat semua tu. tapi korang jangan salah anggap apa yang aku cakap kat atas. itu adalah pendapat aku andai kata korang kata salah mungkin aku silap. tapi aku harap tak ada sapa yang akan benci blog aku ni ye.... kalau aku ada salah pape komen lah.. dan tegur lah silap aku baru tahu dan aku tak akan buat lagi. lagi satu kalau korang ada apa-apa cerita kongsilah dengan aku ok
emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred

Sunday, 27 October 2013

KELEBIHAN AIR MATA #13




hi semua... aku tau korang tak suka post aku yang lepas pasal #12 aku tau benda tu boring so aku ambik keputusan cerita itu setakat itu sahaja. dah bebalik pada hari ini, aku nak cerita pasal kelebihan kalau kita menangis... sebenarnya banyak kelebihan yang kita tak tau pasal menagis ni. yang kita tau hanya lah cara untuk meluahkan perasan dengan lebih mudah, betul tak ??? ok jom kita tahu pasal kelbihan mengis yang lain nak. 

Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. Di sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang itu manusia tidak dapat lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata.

Ada beberapa alasan menyebabkan kita menangis:

Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
Menangis kerana rasa takut.
Menangis kerana cinta.
Menangis kerana gembira.
Menangis kerana menghadapi penderitaan.
Menangis kerana terlalu sedih.
Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.

korang selalu menangis disebab kan alasan yang mana satu? mesti korang banyak nangis untuk alasan Cintan kan? tapi yang paling penting tak kira yang mana satu alasan kita menangis, setiap menusia yang nomal kat dunia ni pasti akan menangis walaupun 2 3 kali dalam seumur hidup mereka... Itu fakta.

ok berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.


P/S korang dah taukan kelbihan mengis nikan, tapi kalau korang tak nak percaya itu hak masing-masing aku tak boleh paksa korang untuk percaya.. kalau korang nak kongsi apa-apa kongsi jela ngan aku ni. kalau korng suka blog aku jangan lupa follow ok :)

emil: fred.faried@gmail.com
twitter: fred